Pages

Thursday, November 29, 2012

Kursus Pintar Herba 12

Sila "KLIK" untuk image besar


PINTAR HERBA 12
"PERUBATAN JAWI : RAWATAN KECEMASAN"

Tempat :
THE TREE TOP WALK SUNGAI SEDIM, KULIM, KEDAH DARUL AMAN, MALAYSIA

Yuran : RM 200.00 / Peserta
+ Penginapan 2H, 1M
+ Keperluan Kursus
+ Aktiviti
+ Jamuan

e-Borang : sila "KLIK"

Pertanyaan mengenai pendaftaran & penginapan
HANIS HUQAIMI BIN MOHD NADZRI ; 0134586942
SHAZNI SYAFIQ BIN AHMAD SUBRI ; 0196732334
ADLINA BINTI ADENAN ; 0194373319
ASILAH BINTI ADENAN ; 0194504243

Tuesday, November 27, 2012

MEMO Dari Pejabat Pengarah Urusan Ke 22

MAJLIS PERUNDINGAN BERSAMA KALI KE-2

Mesyuarat Majlis Perundingan Bersama kali kedua telah selesai diadakan di Pulau Pangkor dan solusi telah berjaya dicapai. Penglibatan leader secara menyeluruh boleh dikatakan seia-sekata berpakat untuk menjadi hujung tombak perjuangan HPA. Kesungguhan ini dapat dilihat pada wajah mereka dan persetujuan agar HPA menaikan harga produk herbanya. Cadangan ini merupakan keterbalikan hasil dari sebuah proses kesedaran yang tinggi dari para leader. Ini menjadikan saya sangat terharu. Bagi pihak pengurusan saya merakamkan rasa bahagia dan berbesar hati atas persetujuan ini dan semoga Allah merestui perjalanan bisnes kita bersama. Amin.

Tahun 2013 merupakan tahun HPA bersedia untuk menguasai kembali wilayah peniagaanya. Setahun kita memujuk hati agar sentiasa teguh dan kuat berpegang dengan janji Allah. Setahun kita dimarah, dimaki malah dikeji akibat dari perniagaan yang tidak lancar. Kelambatan bonus dan kekurangan barang telah menjadikan situasi bisnes HPA semakin tertekan. Ada leader juga turut berhijrah dan meninggalkan HPA. Inilah situasi HPA masakini.

Namun Bila takdir menyebelahi sesuatu usaha, segala-galanya berpihak dengan kita bagai arah tujuan bahtera yang sama dengan arah tiupan angin. Pembelian pukal kini mengambil masa 10 hari dibandingkan masa lalu selama 7 hari bagi mengizinkan persediaan produk lain selain dari kopi memenuhi cawangan. Hujung bulan Disember merupakah tarikh akhir HPA menyiapkan 91 produk MLM tersebut. Apapun, kami pinjam semangat para leader untuk mengatur gerak kerja profesional dalam kontek membentuk pengurusan lebih wibawa di bawah HPAIC. HQ yang kini berpusat HPAIC disokong kuat dengan tenaga kerja yang lebih terlatih dan berdisplin.

Usaha keras kedua yang telah dilakukan oleh HPAIC ialah mewujudkan SISTEM ONLINE selepas memperkenalkan PEMBELIAN PUKAL. Ia menjadi cabaran kepada pengurusan baru di laluan menuju BSKL pada tahun 2015. Sama-sama kita doakan niat dalam kod 9717 menjadi sebuah kenyataan!.

Saturday, November 24, 2012

PERHATIAN : SEMUA AGEN STOK

MEMO

____________________________________________________

Tarikh             :           24 NOVEMBER 2012
Daripada         :           PEJABAT PENGARAH URUSAN HPAIC
Kepada           :           CAWANGAN HPA 1 MALAYSIA
Perkara           :           RALAT : TARIKH TAKLIMAT SISTEM ONLINE - AGEN STOK

Assalamualaikum WBT.

Tuan / Puan,

Merujuk kepada perkara di atas.

Adalah dimaklumkan, bahawa perubahan tarikh Taklimat Sistem Online yang baru akan diadakan seperti maklumat di bawah:-


Perkara           : TAKLIMAT SISTEM ONLINE - AGEN STOK

Tarikh             : 29 & 30 NOVEMBER 2012 (KHAMIS & JUMAAT)

Masa               : 9.30 Pagi hingga selesai

Tempat            : Tingkat 1, HPA INTERNATIONAL CENTRE
                           Seksyen 13, Shah Alam.
                           Selangor.

Kehadiran       : AGEN STOK HPA


Sekian, Harap Maklum.

“PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA” TM

MUHAMMAD FIRDAUS BIN ISHAK

Thursday, November 22, 2012

MEMO: Khas untuk Para Agen Stok

Makanlah Ayam Goreng RFC

Assalamu'alaikum wrt..

Sila 'KLIK' untuk paparan besar

Atas rasa tanggungjawab terhadap saudara kita di Palestin yang sedang dizalimi oleh Yahudi Laknatullah, kami dengan rasa hamba diri kepada Allah, ingin menyumbangkan 5% daripada hasil jualan kami kepada TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN. Bersama-samalah kita membantu saudara seaqidah dengan kita. InsyaAllah!

Tuesday, November 13, 2012

Ayam Herba HPA


Ayam herba HPA selepas ini kita kenali sebagai AYAM SEMATANG (AS) . Inilah jenama yang kita akan gunakan bagi membezakan ayam kita dengan ayam-ayam yang lain. Selain dari tempoh penternakan antara 40 hingga 45 hari, AS juga tidak menggunakan bahan kimia seperti kebanyakan industri penternakan ayam konvensional. Ini menyebabkan kadar kematian AS begitu tinggi sehingga 10%.

AS tidak menggunakan hormon penggemok dan pengguna selalunya dapat membezakan ayam AS dengan ayam yang ada dipasaran. Kos penternakannya yang tinggi menyebabkan pihak kami terpaksa meletakan harga yang tinggi untuk survivalnya AS bagi masa hadapan.

HARGA DI PASARAN: RM 16.00
PEMBELIAN 10 EKOR : RM 15.00
PEMBELIAN ATAS 50 EKOR : RM 14.00

Berikut adalah proses penyembelihan Ayam Sematang untuk pengetahuan para PJS :-

1. Ayam hidup sampai ke PPA Kodiang biasanya pada waktu malam.
2. Ayam dimandikan untuk mengurangkan kepanasan bagi mengurangkan kadar kematian.
3. Sembelih dan Proses untuk membuang bulu dan perut (Ayam Bulat).
4. Basuh Ayam Bulat.
5. Basuh Selepas dipotong dan sejat air sebelum dibungkus.
6. Pembungkusan.
7. Masukkan dalam 'Blastroom' - Selama 6 jam. Suhu antara -25°C hingga -35°C.
8. Simpan dalam 'Coldroom' -  Suhu antara -15°C hingga -20°C.
9. Penghantaran ke Gudang menggunakan lori frozen - Suhu dalam lori perlu -5°C.

Terima kasih.

Pengetahuan Asas Kekuatan Bisnes


Info: Pengarah Urusan

Semangat merupakan kenderaan untuk bergerak dalam dunia bisnes kerana tanpa semangat bererti tidak ada keupayaan untuk melangkah jauh apatah lagi apabila bisnes sedang menghadapi masalah. Semangat tidak datang jika kita berpeluk tubuh di rumah dan meratap nasib semata mata. Semangat itu ada dalam jemaah,perjumpaan positif,mesyuarat positif tanpa kehadiran pencetus fikiran negatif di dalamnya. Jika mahu berjaya bertemulah orang yang selalu berfikiran positif bukannya orang yang sentiasa menabur isu negatif dimana-mana.

Jika mahu berjaya semangat perlu disokong dengan ilmu pengetahuan yang mendalam. Jika kita memilih kerjaya sebagai businessman produk herba maka ilmu herba perlu menjadi asas utama. Mana ada akauntan yang tidak tahu mengira? Peniagaan produk herba bukan kerja mudah tetapi perlu menggeluti satu bidang ilmu yang sangat unik. Pilihan untuk kursus jangka pendek ada dalam JHS,PINTAR HERBA,GEMPUR HERBA,KPJ dan lain-lain program.
KPT ini ditubuhkan untuk mewujudkan satu pasukan yang terdiri daripada PJS, PPJS peringkat Zon Timur (Kelantan, Terengganu dan Pahang) serta pengurusan HPA (Marketing, Zone, PPU) bagi merancang, menyelaras serta menguruskan semua hal-hal yang berkaitan dengan perlaksanaan program supaya ianya benar-benar dapat mencapai matlamat melahirkan usahawan sebenar. Semoga dengan Kesatuan Fikrah dan Perjuangan akan menghasilkan kejayaan Ummah dalam memartabatkan " PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA ".

1 HPA 1 PERJUANGAN 1 UMMAH

 

Followers

Hayati perjuangan HPA

" Jangan jadikan Wang sebagai alat utama sehingga lupa diri, dan lupa bahawa HPA lahir dari hasil keringat mereka terdahulu yang berjuang dengan penuh kepayahan."

Boikot