Pages

Thursday, June 30, 2011

Lanjutan Tempoh Pembelian JUN 2011

Adalah dimaklumkan bahawa pembelian bulan Jun 2011 akan dilanjutkan sehingga 07 Jun 2011.
Semoga mendapat perhatian daripada pihak tuan/puan.

Sekian, Harap maklum

Info dari Bahagian MIS

Program Rasmi Syarikat

Peringkat ZON TIMUR

28hb Jun 2011: Jemput hadir ke KPJ Kelantan di Hotel Raudah, Kota Bahru Kelantan bersama Pengarah Urusan HPA, Tuan Haji Ismail bin Haji Ahmad. 8.30 Malam – 11.00 Malam.

Untuk mendapatkan info lanjut sila;
Tempat adalah sepertimana diatas 

27hb Jun 2011 – KPJ ESP Terengganu – Terengganu Equestrian Resort (TER), Kuala Ibai, Terengganu

26hb Jun 2011 : KPJ ESP Bersama Pengarah Urusan HPA, Tuan Haji Ismail Bin Haji Ahmad.
di DEWAN LEMBAGA KEBAJIKAN PEREMPUAN ISLAM MALAYSIA (LKPIM), KUANTAN, PAHANG.

Wednesday, June 29, 2011

Terkini - Syarat Kelayakan PJS Semenanjung Malaysia

Berhubung dengan tarikh akujanji PJS pada 6hb Julai 2011 ini. Berikut adalah makluman untuk di beri perhatian

1. Mulai sekarang syarat utama permohonanan PJS adalah minimum bonus RM 1000 dan aktif serta komited dalam semua program utama ESP, Bengkel ESP, KPJ ESP, Anugerah ESP dan semua program berkaitan dengan ESP. Borang permohonan PJS sila dapatkan di zon masing-masing melalui jabatan latihan Zon.

2. Untuk permohonan menyambung status PJS yang sedia ada, pihak Latihan Zon di kehendaki membuat lapuran penilaian melalui Borang yang akan disediakan oleh pihak AWM (En Kamal). Syarat utama menyambung kontrak PJS juga tertakluk kepada keatifan dan komitmen PJS sedia ada terhadap program program yang berkaitan dengan ESP.

3. Setiap kontrak penyambungan PJS hanya untuk tempoh 3 bulan sahaja. Selain dari komitmen dan keaktifan dalam program berkaitan ESP, syarat kelayakan juga bergantung kepada displin, tidak melibatkan diri dalam MLM lain samada secara langsung atau sebaliknya, karakter kepimpinan tanpa mengira jaringan, keaktifan program mingguan, cawangan samada dianjurkan oleh syarikat dan kelab.

4. Semua PJS dan bakal PJS di wajibkan memastikan membawa minima 6 downline pada aras 1 di program ESP serta melakukan maintain 150NM untuk kenaikan PLX. Ini sejajar dengan pembentukan rangkaian melalui program ESP seperti yang di anjurkan oleh HPA.

5. Kelayakan dan Keaktifan sebagai Mentor dalam program ESP, adalah suatu advantage/kelebihan dalam proses penilaian dalam perlantikan PJS.

6. Anggota Panel yang terlibat didalam penyambungan status PJS adalah terdiri seperti berikut;

1- Pengarah Urusan 1 HPA
2- Pengarah Urusan 2 HPA
3- Pengurus Besar AWM
4- Pengurus Besar MIS
5- Panel Syariah Ust Adnan bin Fadzil
6- Panel Syariah Ust Zolkarnain Abidin

" Produk Halal Tanggungjawab Bersama "

Info dari GM AWM

Monday, June 27, 2011

KoWahida - Boleh menyemak e-statement Online

Pengumuman kepada semua ahli Kowahida, anda kini sudah boleh mendapatkan e-statement secara online melalui laman http://kowahida.com.my. Anda boleh mendapatkan e-statement bagi tahun lepas dan juga menyemak transaksi terkini bagi tahun ini. 

Prosedur untuk menyemak e-statement

1) Anda perlu mendapatkan kata laluan untuk account anda dengan melayari page, klik di sini.

2) Setelah memperolehi kata laluan, anda boleh mendaftar masuk ke Kowahida Web. Sila guna nombor anggota/kad pengenalan dan juga "kata laluan" yang anda telah perolehi.


3) Anda digalakkan untuk mengemas kini profil dengan memperbaharui kata laluan dan menyatakan email setelah berjaya log masuk buat pertama kali. Anda boleh berbuat demikian dengan melayari menu "Profil" atau klik di sini

4) Untuk menyemak e-statement,  mouse-over menu "Profil" dan click "e-statement"


Sebarang kesulitan yang dihadapi untuk menyemak e-statement boleh diajukan kepada Webmaster.

Friday, June 24, 2011

Bengkel ESP - Bengkel Keusahawanan MLMS

Bengkel ESP pertama - 24 Jun 2011 bertempat Caw. HPA Pasir Pekan sudah melabuhkan tirainya. Semua para Mentor dan Mantee sungguh bersemangat dalam setiap luahan pendapat dan idea yang bernas. AlhamdulilLah..



Bengkel Esp Mlms- 24 Jun 2011 Slideshow: Kelab’s trip to Kota Bharu, Kelantan, Malaysia. See another Kota Bharu slideshow. Create a free from your travel photos.

PROGRAM TAKLIMAT GARIS PANDUAN PENGIKLANAN UBATAN TRADISIONAL

Pihak HPA dibawah kelolaan AWM R&D dengan kerjasama Bahagian Perkhidmatan Farmasi Negeri Perlis akan mengadakan Taklimat Garis Panduan Pengiklanan Ubatan Tradisional. Program ini merupakan program yang julung kali diadakan bagi menerangkan berkaitan garis panduan pengiklanan kepada pengguna produk HPA khususnya dalam memasarkan atau mengiklankan melalui media cetak mahupun media elektronik seperti laman web, blog, jaringan sosial dan penerbitan majalah/buku. Taklimat ini adalah percuma dan terbuka kepada semua ahli-ahli HPA.

SIAPAKAH YANG PATUT HADIR ?
  • Blogger-blogger HPA
  • Wakil anak syarikat HPA
  • Wakil Pengurusan Zon AWM
  • Wakil Persatuan Herbalis
  • Presiden atau wakil Kelab kepimpinan Zon (PJS)
  • Ahli-ahli dan pengedar HPA yang berminat ( Terdapat slot “Cara Membina Blog”)
APAKAH OBJEKTIF ?
  1. Untuk memberi pendedahan, maklumat dan garis panduan kepada pengguna produk HPA dalam memasarkan atau mengiklankan melalui media cetak dan juga media elektronik.
  2. Menubuhkan satu kelab “Komuniti Blogger HPA” yang berfungsi sebagai satu badan yang memantau penulisan-pemulisan mengenai produk-produk HPA di lama sesawang dan sebagainya.
BILA AKAN DIADAKAN?
02 Julai 2011

DIMANA ?
Dewan Amir Ramadhan, Lot 1985, Kompleks Wahida, Jalan Jejawi Dalam, 02600, Arau Perlis

SIAPAKAH YANG PATUT HADIR ?
  • Webmaster HPA
  • Blogger-blogger HPA
  • Wakil anak syarikat HPA
  • Wakil Pengurusan Zon AWM
  • Wakil Persatuan Herbalis
  • Presiden atau wakil Kelab kepimpinan Zon (PJS)
  • Ahli-ahli dan pengedar HPA yang berminat
SIAPA AHLIJAWATANKUASA ?
AhlijawatanKuasa yang terlibat :
  1. PENASIHAT : GM Mohammad Faisol Abdul Rahman
  2. PENGERUSI : En. Mohd Arif Fazdilah Abu Bakar
  3. SETIAUSAHA : Cik Nur Hafizah Harun
  4. PENDAFTARAN : En. Mohd Nizar Said & Cik Norsyaziela Ahmad Zobri
  5. PENGINAPAN : Cik Normalina Sharoni
  6. INFORMASI & HEBAHAN : En. Mohd Yushairi Mohamed Yusof
  7. CENDERAHATI : Cik Azwani Othman & Cik Husniyah Halim
  8. PERSEDIAAN TEMPAT : En. Mohd Fitri Othman
  9. MAKANAN : En. Sham Sani Dun & Nuryuhasyila Yusof
  10. PEMANTAU : Pn. Azita Hassan
Sebarang apa jual pertanyaan, sila berhubung dengan; 
Cik Nur Hafizah Harun – 0134235270 / 049760741 / 049779894

Jadual Kelas Mingguan Berjadual - KPT Negeri Kelantan

CAWANGAN PASIR PUTEH
Hari Jumaat
Masa 3.30 ptg - 5.00 ptg.

1. 24 Jun 2011
Tajuk : Inilah Jalan Kami
Penceramah : PJS Ust. Wan Ab. Halim

2. 01 Julai 2011
Tajuk : Diagnos Penyakit
Penceramah : PJS Cikgu Din

3. 08 Julai 2011
Tajuk : Plan Pemasaran
Penceramah : PJS Cikgu Shukiman

4. 15 Julai 2011
Tajuk : Kombinasi Produks
Penceramah : PJS Kak Ani

5. 22 Julai 2011
Tajuk : Demo dan Penajaan
Penceramah : PJS Mat Rozi


CAWANGAN KETEREH
Hari Jumaat
Masa 3.30 ptg - 5.00 ptg

1. 24 Jun 2011
Tajuk : Diagnos Penyakit
Penceramah : PJS Cikgu Din

2. 01 Julai 2011
Tajuk : Inilah Jalan Kami
Penceramah : PJS Ust. Mohd Ramizu Abdullah

3. 08 Julai 2011
Tajuk : Kombinasi Produk
Penceramah : PJS Che Abd. Rahman

4. 15 Julai 2011
Tajuk : Plan Pemasaran
Penceramah : PJS Cikgu Hj. Zainal Abidin

5. 22 Julai 2011
Tajuk : Demo dan Plan Penajaan
Penceramah : PJS Hj. Jalaluddin


CAWANGAN PASIR PEKAN
Hari Jumaat
Masa 3.30 ptg - 5.00 ptg

1. 27 Jun 2011
Tajuk : Inilah Jalan Kami
Penceramah : PJS Ust. Wan Ab. Halim

2. 01 Julai 2011
Tajuk : Demo dan Penajaan
Penceramah : PJS Norini Ghani

3. 08 Julai 2011
Tajuk : Diagnos Penyakit
Penceramah : PJS Kak Noor

4. 22 Julai 2011
Tajuk : Kombinasi Produks
Penceramah : PJS Cikgu Bustaman


CAWANGAN TANAH MERAH
Hari Selasa
Masa 9.30 mlm - 11.15 mlm

1. 21 Jun 2011
Tajuk : Inilah Jalan Kami
Penceramah : PJS Ust. Wan Ab. Halim

2. 28 Jun 2011
Tajuk : Diagnos Penyakit
Penceramah : PJS Ust. Mohd Ramizu Abdullah

3. 05 Julai 2011
Tajuk : Kombinasi Produks
Penceramah : PJS Hj Che Abd. Rahman

4. 12 Julai 2011
Tajuk : Plan Pemasaran
Penceramah : PJS Romli Abu Bakar

5. 19 Julai 2011
Tajuk : Demo dan Penajaan
Penceramah : PJS Norini Ghani


CAWANGAN KUALA KRAI
Hari Ahad
Masa 9.20 mlm - 10.45 mlm

1. 26 Jun 2011
Tajuk : Diagnos Penyakit
Penceramah : Pelapis PJS Mat Rozi

2. 03 Julai 2011
Tajuk : Kombinasi Produks
Penceramah : PJS Hj. Che Abd. Rahman

3. 10 Julai 2011
Tajuk : Inilah Jalan Kami
Penceramah : PJS Ust. Wan Ab.Halim

4. 17 Julai 2011
Tajuk : Demo dan Penajaan
Penceramah : PJS Cikgu Hj. Zainal Abidin

5. 24 Julai 2011
Tajuk : Plan Pemasaran
Penceramah : PJS Cikgu Shukiman


CAWANGAN JERTIH
Hari Isnin
Masa 9.00 mlm - 10.45 mlm

1. 20 Jun 2011
Tajuk : Inilah Jalan Kami
Penceramah : PJS Romli Abu Bakar

2. 27 Jun 2011
Tajuk : Kombinasi Produks
Penceramah : PJS Hj. Che Abd. Rahman

3. 04 Julai 2011
Tajuk : Plan Pemasaran
Penceramah : PJS Cikgu Hj. Zainal Abidin

4. 11 Julai 2011
Tajuk : Diagnos Penyakit
Penceramah : PJS Kak Noor

5. 18 Julai 2011
Tajuk : Demo dan Penajaan
Penceramah : PJS Ust. Mohd Ramizu Abdullah


Disediakan oleh PJS Cikgu Hj. Che abd. Rahman Bin Omar
Badan Penyelaras Kelas Mingguan Berjadual
Sessi Pertama 2011
KPT Negeri Kelantan.

Wednesday, June 22, 2011

Kuliah Perubatan Jawi (KPJ)

Makluman kepada tuan/puan yang dihormati. Program Kuliah Perubatan Jawi bagi Zon Timur akan diadakan sepertimana berikut;

TARIKH   : 26HB JUNE 2011
HARI      : AHAD
MASA     : 8.00 - 11.30 MALAM
TEMPAT  : DEWAN LEMBAGA KEBAJIKAN PEREMPUAN ISLAM MALAYSIA (LKPIM), KUANTAN, PAHANG - DEPAN HOTEL VISTANA
PENCERAMAH : TUAN HAJI ISMAIL BIN HAJI AHMAD (PENGARAH URUSAN HPA)

TARIKH   : 27HB JUNE 2011
HARI      : ISNIN
MASA     : 8.00 - 11.30 MALAM
TEMPAT  : DEWAN TER, KUALA IBAI KUALA TERENGGANU, TERENGGANU
PENCERAMAH : TUAN HAJI ISMAIL BIN HAJI AHMAD (PENGARAH URUSAN HPA)

TARIKH   : 28HB JUNE 2011
HARI      : SELASA
MASA     : 8.00 - 11.30 MALAM
TEMPAT  : HOTEL RAUDHAH KOTA BHARU, KELANTAN
PENCERAMAH : TUAN HAJI ISMAIL BIN HAJI AHMAD (PENGARAH URUSAN HPA)

Saudara/ri semua dijemput hadir beramai-ramai. Masuk adalah PERCUMA.

Tuesday, June 21, 2011

Mendapat Pangkat PLX 20 % ESP..?

Mulai serta-merta, para peserta baru yang menghadiri mana-mana bengkel ESP boleh melakukan maintain 150pv dan mendapat status PLX 20%. Ini merupakan peluang besar untuk mencipta kejayaan.

Info; GM

Admin menganggap bahawa ini merupakan bonus yang tidak ternilai buat bakal atau pengedar HPA keseluruhannya yang ingin aktif serta berhasrat menjadi pengedar setia bersama Syarikat HPA Industries. Sdn. Bhd.

"Produk Halal Tanggungjawab Bersama"

Friday, June 17, 2011

Program Jelajah KPJ ESP Bersama Pengarah Urusan

Berikut adalah Jadual Program Jelajah KPJ ESP bersama Tuan Haji Ismail bin Ahmad;

BULAN JUN 2011

18 Jun A STAR SHAHAB PERDANA
19 Jun SP. DEWAN UMAR MUKHTAR
20 Jun PENANG.
21 Jun IPOH.
22 Jun KANGAR.
23 Jun HPAic.
24 Jun MELAKA.
25 Jun JOHOR.
26 Jun KUANTAN.
27 Jun K TERENGGANU.
28 Jun KOTA BHARU.

Pasar ESP akan bermula pada seawal jam 9.00 pagi
Program kuliah akan bermula pada jam 8.30 malam
Promosi pembelian minyak But But menanti anda semua
Sebarkan demi "PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA"

Wednesday, June 15, 2011

Kenaikan Harga AYAM ORGANIK (1.5 KG)

Makluman kepada semua ahli, pengedar dan agen stok. Sila lihat senarai harga terbaru Ayam Organik (1.5 kg) yang terkini dibawah;

Monday, June 13, 2011

Info Penting ESP Ke-2

Salam.
Harapan GM agar bila diberikan secara percuma, maka PJS, Pelapis PJS, Agen Stok, Mentor serta Mentee di minta mengambil secara serius dan pastikan ianya digunakan sebaik mungkin dan jangan ambil mudah. Pastikan bakal peserta yang hadir adalah mereka yang mahukan kejayaan dan mahukan perjuangan Produk Halal.

Ambil peluang ini secara positif dan lakukan dengan penuh semangat dan bertanggungjawab. Moga kita semua akan mendapat petunjuk serta rahmat dari Allah swt.

Wslm..

Sunday, June 12, 2011

ESP - Gelombang Pusingan ke-2

Tarikh berlangsungnya ESP Pusingan ke-2 adalah sepertimana berikut:


ESP - Real Business
ZON TIMUR     : 23 Julai 2011


*Tempat: Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Gong Badak, 21300 Kuala Terengganu, Terengganu.(tertakluk pada perubahan)
Pendaftaran peserta adalah terhad kepada 1000 orang sahaja.
Daftarlah sekarang melalui; Khairul - 0148463283 / Shairi - 0199625256

ZON UTARA     : 30 Julai 2011

*Untuk mengetahui lokasi program, sila dapatkan maklumat melalui Kelab Pemimpin PJS bagi setiap Zon.

Sekian, Wassalam.

ESP Pusingan Ke-2

Info dari GM
Salam,
Setelah kita berjaya menyelesaikan pusingan pertama dengan jayanya, maka ESP Pertama pusingan ke-2 akan dijangka lebih menarik dan istimewa kepada warga HPA. Kita mensasarkan kapasiti ESP kali ini dijangka mencecah 1000 perserta.

ESP pusingan kedua kehadirannya ADALAH PERCUMA.

Sehubungan dengan ini, rebutlah peluang. Tempat adalah terhad serta jangan lupa untuk menghadirkan rangkaian baru khususnya ke ESP pusingan kedua ini..

Manakala ESP pusingan pertama di KK, Sabah masih lagi dikenakan bayaran.
Sekian. Wasallam.

Monday, June 6, 2011

Info Lanjutan PBC (Semenanjung Malaysia)

Salam

Berhubung dengan pandangan beberapa PJS mengenai pertimbangan PBC di lanjutkan hingga bulan Jun 2011, diatas alasan penginapan program yang sudah di tempah dan di bayar deposit serta ujud tindakan pengumpulan NM pengedar, maka HPA bersetuju untuk melanjutkan PBC hingga akhir Jun 2011. Namun demikian penganjur PBC di wajibkan mendapat kelulusan dari Presiden Kelab (KPA,KPU, KPT dan KPS) terlebih dulu supaya tidak ujud pertindihan program dengan ESP.

Sehubungan dengan itu, sila selesaikan masaalah pengumpulan NM. tempahan hotel dan apa apa yang berkaitan dengan PBC pada bulan Jun ini dan selepas ini PBC akan di mansuhkan dan di gantikan dengan ESP.
 
Sekian. Mohon perhatian.
Wasallam

Saturday, June 4, 2011

MLM HPA Industries Sdn. Bhd

Artikel 04 Jun 2011, Laman soal-jawab alFadhil Ust Ahmad Adnan Fadhil.

Soalan; Salam ustaz, saya terjumpa perbahasan berkaitan HPA di internet...link saya berikan di bawah.. sila baca dan beri penilaian mahupun cadangan.. Tidakkah sesuatu perniagaan yg dikatakan harus itu terdapat ciri² & syarat² nya menurut syara'? saya lihat bisnes HPA ini masih dalam keadaan tidak cerah dari kesamaran oleh kerana KEKURANGAN tenaga pakar akademik, benarkah? harap ustaz berikan kerjasama.. kami orang awam mahu mengetahui secara menyeluruh plan bisnes HPA ini & tidak perlulah disitu ada keraguan yg membatasi pengetahuan kami tentangnya.. apa yang kami harapkan bisnes HPA ini adalah jelas nyata & terang... bak kata pepatah "tadop udang di sebalik mee goreng" saya jumpa link ini di laman sesawang... INI LINKNYA: (http://aididmuaddib.blogspot.com/2011/05/panel-syariah-yang-suspek-meh-la-ramai.html).

Jawapan;
  
Sebelum ini ramai bertanya saya tentang sistem perniagaan (MLM atau lainnya) membabitkan syarikat-syarikat tertentu, namun saya mengelak untuk menjawabnya –secara spesifik- kerana saya tidak mengetahui dengan mendalam sistem mereka dan kekangan masa tidak mengizinkan saya membuat kajian (oleh itu, saya hanya memberi panduan umum sahaja). Menjadi prinsip (kaedah) yang diamalkan oleh para Fuqahak sejak dulu; al-Hukmu ‘Ala Syai’ Far’un ‘An Tasawwurihi (penentuan hukum ke atas sesuatu bermula dari tasawwur yang tepat tentangnya).. Maka jika saya memberi pandangan dalam keadaan saya tidak menguasai 100% maklumat tentang sistem terbabit, tidak mustahil hukum yang saya berikan akan tersalah dan menzalimi orang lain.

Namun apabila ditanya tentang sistem MLM HPA, saya tidak dapat mengelak dari menjawabnya kerana saya terlibat secara lansung sebagai salah seorang ahli Panel Syariahnya. Sedikit sebanyak tentang kedudukan MLM HPA telah saya singgung dalam jawapan saya terbaru tentang MLM. Sila baca “BENARKAH SEMUA MLM HARAM?”.

Mengenai keraguan yang ditimbulkan dalam soalan di atas iaitu “…KEKURANGAN tenaga pakar akademik”, ingin saya jelaskan bahawa Sistem MLM HPA untuk setakat ini telah dinilai oleh dua badan yang membuat kajian terperinci tentangnya;

1. Panel Syariah yang dibentuk oleh HPA sendiri; terdiri dari 11 orang ahli akademik pelbagai disiplin ilmu Islam termasuk yang ahli dalam Ekonomi Islam, Usul Fiqh, Furu’ Fiqh dan sebagainya (kebanyakannya Pensyarah-Pensyarah dari Universiti tempatan). Mungkin kekurangan tenaga akademik yang dimaksudkan ialah kerana tiada ahli matematik, biologi, kedoktoran, guaman, statistik dan sebagainya. Itu saya akui. Namun melihat kepada keperluan untuk menilai Sistem MLM, tidaklah terlalu perlu kepada pakar matematik, fizik atau seumpamanya. Jika memang perlu, Panel Syariah akan menjemput pakar yang berkaitan. Itu yang dilakukan oleh Panel Syariah HPA tatkala mengkaji pencampuran Kismis dan Kurma dalam produk EQ Minda (di mana Panel menghantar produk itu ke makmal USM dan merujuk kepada beberapa pakar kimia untuk membaca keputusan makmal tersebut).

Namun ketika mengkaji Sistem MLM HPA, Panel merasakan hisab/matematik/pengiraan dalam MLM tidaklah terlalu rumit untuk difahami dan dikuasai, maka tidak perlulah kepakaran ahli matematik atau seumpamanya, di samping jika ada yang tidak jelas tentang sistem, Panel akan merujuk kepada orang yang terlibat menyediakan Sistem MLM HPA iaitu En Mohd Faisol Abdurrahman. 

Berdasarkan pengalaman saya menyelesaikan ratusan masalah Faraid (dalam blog ini dan ruang-ruang lainnya) –ini menjadi kepakaran saya dan saya telah menghasil buku tentang faraid yang diterbitkan di samping menganjur kursus ilmu Faraid-, saya dapati matematik MLM tidaklah serumit matematik dalam ilmu Faraid.

Dan jika benar ketidakwujudan pakar matematik, statistik atau sebagainya itu satu kekurangan, al-hamdulillah ia telah ditampung oleh badan kedua yang telah mengkaji MLM HPA secara terperinci iaitu Majelis Ulamak Indonesia (MUI).

2. Majelis Ulamak Indonesai (MUI) telah mengeluarkan fatwa rasmi tentang MLM (Fatwa no. 75, Dewan Syariah MUI, 2009). Pembaca boleh membacanya di alamat (http://www.mui.or.id/index.php?option=com_docman&task=doc_view&gid=92&tmpl=component&format=raw&Itemid=90).
Pada Oktober 2010, saya dan beberapa lagi (termasuk pengerusi Panel Syariah HPA; Ybhg Ustaz Ahmad Ali) mengadap Dewan Syariah MUI (10 orang anggotanya yang hadir) susulan dari permohonan HPA untuk mendapat pengiktirafan MLM Syariah dari MUI. Hampir 5 jam kami diselidiki dan ditanya segala-galanya tentang MLM HPA. Al-Hamdulillah, dua bulan berikutnya Dewan Syariah MUI telah mengeluarkan sijil pengiktirafan sebagai MLM Syariah kepada MLM HPA (Sijil MUI bertarikh 29 Disember 2010, sila lihat sijil ini di blog HPA Indonesia; http://awmithpa.blogspot.com/ (bahagian downloads)). Dewan Syariah MUI dianggotai oleh ahli-ahli dalam pelbagai bidang kepakaran. Pembaca boleh merujuk senarai keanggotaannya di alamat (http://www.mui.or.id/index.php?option=com_content&view=article&id=164:bph-dsn-mui&catid=39:dewan-syariah-nasional&Itemid=58). Dengan keanggotaan yang begitu mantap dan sempurna (jika pembaca memerhati senarai di laman tersebut), saya mengucap syukur kepada Allah apabila mereka turut mengiktiraf MLM HPA, suatu penghargaan yang tidak ternilai buat saya dan sekelian ahli Panel Syariah HPA yang lain kerana keputusan kami telah disahkan oleh badan yang lebih bijaksana dari kami.

Dengan pengesahan dan pengakuan dari dua badan di atas, ahli-ahli HPA atau sesiapa sahaja yang ingin bersama HPA tidak perlu ragu tentang status MLM HPA dari sudut Syariahnya. Jika ada pihak lagi ingin mengkaji sistem MLM HPA, bagi saya sendiri saya amat mengalu-alukan. Tetapi hendaklah dengan disiplin kajian yang rapi, bermula dari membaca dan menghadamkan keseluruhan Sistem tersebut sebagaimana prinsip (kaedah) yang menjadi amalan Fuqahak tadi. Apa yang saya tidak setujui ialah lontaran-lontaran liar tanpa didahului kajian mendalam, atau hanya sekadar melihat satu dua aspek tertentu, lalu dihukum berdasarkan kecenderungan yang sedia ada dalam diri. Kami sendiri (yakni Panel Syariah HPA) mengambil masa 4 bulan sebelum dapat merumuskan apa yang kami rumuskan tentang MLM secara umum dan MLM HPA secara khusus. Majelis Ulamak Indonesia (MUI) pula mengambil masa 2 bulan. Jika ada yang merasakan dapat merumusnya dalam sehari dua sahaja, ia mungkin insan genius atau mungkin juga insan yang berlagak genius.

Kupasan yang spesifik kepada pihak atau individu tertentu agak bertentangan dengan polisi saya untuk blog ini, di mana saya mengkhususkan blog ini untuk soal-jawab agama yang bersifat umum tanpa menyentuh mana-mana individu atau pihak. Namun terpaksa saya lakukan, kerana si penanya mengajukan soalan menerusi blog ini. Pembaca saya selama ini yang tidak berminat dengan perdebatan sebegini mungkin rasa tidak selesa. Jutaan kemaafan saya pohonkan dari mereka. Mungkin saya akan membuka blog baru yang khusus untuk MLM.

Bagi saya Sistem MLM merupakan mekanisma pemasaran yang perlu dimanfaatkan oleh kaum muslimin kerana ia mempunyai kekuatan tersendiri. Walaupun ia asalnya dari Barat, tidak jadi halangan untuk kita memanfaatkan yang baik darinya sama juga dengan Sistem Perbankan, Insuran dan sebagainya yang juga berasal dari Barat (tetapi sekarang telah dibersihkan dan menjadi Perbankan Islam dan Takaful). Ibarat kata sahabat saya Dr. Mawardi (salah seorang ahli Panel Syariah HPA Indonesia, Phd Fiqh dari Universiti Islam Madinah); “MLM bukanlah najis, tetapi mutanajjis. Najis tidak dapat kita sucikan. Adapun mutanajjis (barang yang terkena najis), bila kita buang najis yang terkena padanya, jadilah ia suci. Begitulah MLM, bila dibuang segala unsur yang menyalahi Syariat, jadilah ia sistem yang halal dimanfaatkan oleh umat Islam”.

Wallahu a’lam.

Benarkah Semua MLM HARAM?

Soalan;  Assalamu alaikum, ustaz. Saya ingin mendapat pandangan sebenar tentang MLM. Saya baca satu blog (http://www.aididmuaddib.blogspot.com/), penulisnya kata semua MLM haram. Ada fatwa-fatwa ulamak beliau bawakan. Ustaz pula dalam jawapan-jawapan ustaz; MLM tidak semuanya haram, ada yang harus. Minta ustaz jelaskan lebih lanjut supaya orang seperti saya ini tidak keliru. Terima kasih.

Jawapan;

Saya membaca sedikit sebanyak blog tersebut (khusus berkait dengan MLM). Biasa sahaja sebelum ini saya mendengar pro dan kontra tentang MLM kerana antara ulamak sendiri berbeza pandangan. Namun membaca blog tersebut –khusus diruang komennya- saya agak terkejut kerana ada orang yang membicara hal agama namun dengan bahasa yang begitu kesat (apatahlagi ditujukan kepada ulamak) semata-mata kerana tidak sepandangan dengannya. “..bodohlah ulamak-ulamak yang mengharuskan MLM...” itulah antara bahasa yang digunakan dan ditujukan kepada ulamak-ulamak Mesir dan Malaysia (kerana mereka mengharuskan sebahagian MLM). Malah ungkapan seperti “..spesis b*bi hutan” juga sanggup digunakan. Saya mengungkit perkara ini sebelum menjawab soalan di atas sebagai muhasabah kepada diri saya dan pembaca; agar kita menjaga adab-adab khilaf. Kita boleh berbeza pandangan, tetapi adab-adab mesti dijaga terutamanya kepada ulamak. Penghinaan bukan sahaja haram ditujukan kepada ulamak, malah kepada sesama muslim. Sabda Nabi “Bukanlah seorang mukmin orang yang suka mencerca, melaknat dan bercakap kotor” (HR Imam Ahmad dari Abdullah bin Mas’ud).

Para ulamak berikhtilaf dalam masalah yang lebih besar dari MLM tetapi mereka tetap menjaga lidah mereka dari mencerca ulamak yang lain. Memang benarlah kata Allah (bermaksud); “Tidak sama orang berilmu dengan orang tidak berilmu...” (Surah az-Zumar, ayat 9).

1. Hingga sekarang berlaku perdebatan antara ulamak-ulamak aliran Salafiyah dan aliran Asyairah di mana ulamak-ulamak aliran Salafiyah menganggap aqidah Salafiyah mewakili Ahlussunnah, sementara ulamak-ulamak Asyairah pula menganggap aqidah ‘Asyairah lah mewakili Ahlus-Sunnah. Perdebatan berlaku dalam suasana yang ilmiah dan harmoni, cuma sebahagian ulamak Salafiyah agak keterlaluan dalam mengkritik aliran yang tidak selari dengan fahaman mereka.

2. Jumhur ulamak (mazhab Maliki, Hanafi dan Hanbali) menganggap Bai’ al-Inah adalah riba, sedang mazhab Syafiie menganggap ia harus. Pandangan mazhab Syafiie inilah yang menjadi pegangan Bank-Bank Islam di sebahagian Negara (termasuk di Malaysia) walaupun kedudukan bai’ al-‘Inah itu diperdebatkan. Majlis fatwa Arab Arab Saudi hingga sekarang tetap bertegas ia adalah riba. Namun tidak pernah kita mendengar mana-mana ulamak hari ini yang mengharamkan bai’ al-Inah itu mentohmah Bank-Bank Islam yang menggunanya sebagai bank riba. Kenapa? Kerana meraikan khilaf.

3. Aqad sewa beli (kereta, motor, rumah dan sebagainya) diharamkan oleh segolongan ulamak (antaranya ulamak-ulamak Arab Saudi), namun ramai juga ulamak-ulamak lain mengharuskannya termasuk Syeikh Wahbah az-Zuhaili (seorang ulamak terkenal dari Syiria, penulis kitab al-Fiqh al-Islami Wa Adillatuhu).

4. Jumhur ulamak (mazhab Syafiie, Maliki dan Hanbali) mengharamkan perkahwinan tanpa wali dan menganggapnya tidak sah. Namun mazhab Hanafi mengharuskan dan menegaskan ia sah. Sekalipun menganggap tidak sah,tidak ada mana-mana ulamak jumhur tadi pernah mentohmah penganut mazhab Hanafi telah berzina kerana bersetubuh dengan berkahwin tanpa wali. Kenapa? Kerana meraikan khilaf yang berlaku.

Begitulah ulamak. Mereka menegakkan hujjah bagi pihak mereka, namun mereka tetap meraikan pandangan dan pendapat ulamak lain. Dari keperluan bersikap toleransi seperti inilah, para ulamak mensepakati satu prinsip dalam Fiqh Islam; “Tidak diingkari perkara yang diikhtilafkan, akan tetapi diingkari perkara yang telah diijmakkan”. 

Berkata Imam Nawawi; “Amalan-amalan dan ucapan-ucapan yang rumit yang tertakluk dengan ijtihad, tidak harus orang-orang awam menceburinya dan tidak harus mereka mengingkarinya. Hal demikian hendaklah diserahkan kepada para ulamak. Para ulamak pula mereka hanya mengingkari/menegah perkara yang telah diijmakkan. Adapun perkara yang diiktilafkan, tidak ada keingkaran terhadapnya kerana menurut salah satu dari dua mazhab (berkenaan ijtihad); setiap mujtahid adalah benar. 

Pandangan ini adalah yang terpilih di sisi ramai para muhaqqiqin (penganalisis) atau kebanyakan mereka. Adapun menurut satu pandangan/mazhab lagi; yang benar satu sahaja dan yang salah tidak tertentu bagi kita dan dosa terangkat darinya…”. (Untuk memahami lebih lanjut persoalan ini, sila baca tulisan saya tentang “KHILAFIYAH DAN BID’AH” dalam blog Koleksi al-Qalam).

Kembali kepada soalan, jawapan saya ialah;

1.  Apabila kita membaca fatwa, kita mesti mengetahui perbezaan fatwa dengan llmu agama yang bersifat am. Fatwa merujuk kepada soalan dan orang yang bertanya dan tasawwur mufti terhadap soalan yang ditanya. Tidak semestinya fatwa yang diberikan untuk satu kes menepati semua kes. Kerana itu, fatwa mesti dibaca dengan merujuk kepada kes yang ditanya. Jika fatwa ingin dinaqalkan untuk kes berlainan –sekalipun ada iras-iras dengan kes pertama-, ia hendaklah dinaqalkan  oleh ulamak juga yang mampu membaca fatwa itu dan memastikannya tepat dengan kehendak kes kedua (mengikut hukum Syarak).

2. Dalam blog yang dikemukakan dalam soalan di atas; sandaran untuk mengharamkan semua jenis MLM ialah Fatwa Arab Saudi (al-Lujnah ad-Daimah).  Perlu disedari bahawa Fatwa Arab Saudi bukanlah bersifat qat’ie (tidak boleh dipertikaikan), begitu juga fatwa-fatwa yang senada dengannya. Jika fatwa tersebut bersifat qat’ie, pasti tidak ada fatwa lain yang bercanggah dengannya (sebagaimana sifat semua hukum qat’ie dalam Islam). Namun realitinya ada fatwa-fatwa lain yang berbeza dengan fatwa Arab Saudi tersebut, antaranya;
a) Fatwa Majlis Fatwa Mesir (Dar al-Iftak al-Misriyyah)
b) Fatwa Majlis Ulamak Indonesia  (MUI)
c) Fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan (Malaysia).

Fatwa-fatwa ini tidak menghukum semua MLM sebagai haram. Sebagaimana mu’amalat-mu’amalat baru yang lain (perbankan, insuran dan sebagainya), MLM juga boleh menjadi halal dan boleh menjadi haram bergantung kepada apakah ia memenuhi ciri-ciri muamalah Syariat atau tidak?.

3. Fatwa Majlis Fatwa Mesir; pembaca boleh membacanya di alamat (http://www.dar-alifta.com/ViewFatwa.aspx?ID=5158). Pembaca yang tidak memahami bahasa Arab boleh membaca sinopsis yang saya buat dalam jawapan saya sebelum ini “PENDAPATAN MELALUI MLM”.  (*Jika saya ada kelapangan, saya akan usaha terjemahan sepenuhnya insya Allah). Setelah membuat penjelasan yang panjang lebar, fatwa tersebut menegaskan; “Berdasarkan keterangan yang lalu, kami berpandangan tidak ada sebarang tegahan untuk menjalankan muamalah tersebut (yakni MLM) dan tidak ada tegahan juga untuk memberi (hadiah/bonus) dengan peratusan tertentu kepada seorang yang ia telah menjadi sebab kepada pengedaran (barang/produk) sekalipun secara tidak langsung kerana sebab yang melayakkannya untuk mendapat hadiah/bonus masih kekal dan itu mencukupi untuk mengharuskan pemberian (hadiah/bonus) kepadanya”. (*Majlis Fatwa Mesir dipengerusikan oleh Mufti Mesir; Syeikh Prof. Dr. Ali Jumaah, seorang ulamak al-Azhar yang pakar Usul Fiqh dan Ekonomi Islam).

4. Fatwa Majlis Ulamak Indonesia, boleh dibaca di(http://www.mui.or.id/index.php?option=com_docman&task=doc_view&gid=92&tmpl=component&format=raw&Itemid=90)atau(http://esharianomics.com/wp-content/uploads/2011/04/75-pedoman_plbs.pdf). Di antara kenyataan yang terkandung dalam fatwa tersebut ialah; “….sistem perdagangan Multi Level Marketing (MLM) diperbolehkan oleh syari'at Islam dengan syarat-syarat sebagai berikut:
a. Transaksi (akad) antara pihak penjual (al-ba'i) dan pembeli (al-musytari) dilakukan atas dasar suka sama suka (' an taradhin), dan tidak ada paksaan;
b. Barang yang diperjualbelikan (al-mabi') suci, bermanfaat dan transparan sehingga tidak ada unsur kesamaran atau penipuan (gharar);
c. Barang-barang tersebut diperjualbelikan dengan harga yang wajar
”.

Jelas fatwa ini sama seperti fatwa Dar al-Iftak Mesir tadi iaitu MLM boleh menjadi halal jika memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan. Jadi, bukan semua MLM haram. Al-Hamdulillah, saya telah berdepan secara lansung dengan ulamak-ulamak MUI yang menggubal fatwa tersebut tatkala dipanggil untuk mewakili Panel Syariah HPA (di mana saya bertindak sebagai setiausahanya. Saya hadir bersama pengerusi Panel Syariah; Ustaz Ahmad Ali, lulusan M.A al-Azhar takhassus Usul-Fiqh). Kami dipanggil untuk membentangkan Plan Pemasaran MLM HPA. Hampir 5 jam kami dinilai dan disoal dalam Dewan Mesyuarat MUI oleh ulamak-ulamak dari Dewan Syariah MUI yang berjumlah hampir 10 orang dari pelbagai disiplin ilmu (termasuk seorang pakar dalam MLM). 

Dan diikuti pula dengan lawatan wakil MUI ke Malaysia (2 orang) untuk melawat kilang-kilang dan melihat sendiri produk HPA serta harganya. Al-Hamdulillah, akhirnya Dewan Syariah MUI telah mengeluarkan sijil pengiktirafan kepada MLM HPA sebagai MLM Syariah (Sijil MUI bertarikh 29 Disember 2010, sila lihat sijil ini di blog HPA Indonesia; http://awmithpa.blogspot.com/ (bahagian downloads)). Saya amat bersyukur kepada Allah kerana keputusan Panel Syariah HPA meluluskan MLM HPA sebagai MLM Syariah telah diakui oleh ulamak-ulamak yang lebih berilmu. Sudah tentu mereka telah menyemaknya dengan terperinci. Falillahi al-Fadhl wal-Minnah. Selain itu, Plan Pemasaran HPA juga telah dibentang di hadapan Panel yang dibentuk JAKIM  untuk mengkaji tentang sistem MLM dan al-Hamdulillah maklum balas dari mereka juga positif terutamanya terhadap buku “Garis Panduan MLM Syariah” yang digubal oleh Panel Syariah HPA .

5. Fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan boleh pembaca ikuti di laman E-Fatwa JAKIM. Dinyatakan dalam fatwa tersebut; “Muzakarah telah memutuskan bahawa konsep, struktur dan undang-undang perniagaan Multi Level Marketing (MLM) yang diluluskan Kerajaan adalah harus dan tidak bercanggah dengan konsep perniagaan Islam”  (http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-sistem-jualan-langsung-mlm-menurut-islam).

6. Mengenai Fatwa Arab Saudi jika direnungi fatwa tersebut ayat demi ayat, kita akan mendapati ia merujuk kepada Money Game. (Rujuk fatwa tersebut; al-Lujnah ad-Daimah Lil-Buhuth al-‘Ilmiyah wa al-IFta’, Kerajaan Arab Saudi. No. Fatwa; 22935. Tarikh Fatwa; 14/3/1425H).

Di antara kenyataan yang ada dalam fatwa tersebut ialah “Tujuan sebenar dari bisnes seperti itu (yakni MLM) adalah memperoleh komisyen/bonus (semata-mata), bukan produk” . Kenyataan fatwa ini jika dirujuk kepada perniagaan HPA ia tidak berlaku. Perniagaan HPA memang bertujuan untuk penjualan produk (dengan menggunakan MLM sebagai mekanisme pemasarannya). Kewujudan produk dalam MLM HPA merupakan realiti, bukan gimik semata-mata. Hingga saat ini, jumlah produk HPA telah melebihi 500 produk (di Malaysia) dan 45 produk (di Indonesia). Bonus yang diperoleh berkadaran dengan jumlah penjualan yang dibuat baik jualan individu dan juga kumpulan. Persen bonus mengikuti peranan masing-masing berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan dalam Aqad al-Ju’alah. Hakikat yang sama saya temui dalam beberapa MLM yang lain, antaranya Storm Readers (yang diasaskan oleh sahabat saya Ustaz Dr. Zahazan dan disemak plan pemasarannya oleh Ustaz Zaharuddin) yang menjalankan perniagaan buku dan bahan bacaan. Sememangnya penjualan produk  berlaku dan komisyen/bonus datang dari hasil penjualan tersebut iaitu dari keuntungan yang dikongsi bersama antara syarikat dan para pengedarnya.

Oleh demikian, fatwa Arab Saudi itu tidak mentasawwurkan semua jenis MLM, kerana itu ia tidak boleh mewakili semua jenis MLM. Ia hanya harus dibaca kepada  Money Game sahaja atau MLM yang berunsurkan Money Game. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang perbezaan antara Money Game dengan MLM dan MLM Syariah, sila dapatkan buku “SOAL-JAWAB MLM SYARIAH” (tulisan saya sendiri) dan buku “GARIS PANDUAN MLM SYARIAH” (diterbitkan oleh Panel Syariah HPA). 

Kesimpulan yang dapat saya buat; fatwa Arab Saudi itu tidak ada yang salahnya, cuma ia ada skopnya tersendiri. Orang yang ingin meminjam fatwa itu untuk menghukum suatu MLM ia mesti faham fatwa itu dan faham juga MLM yang ingin dinilai dengan pemahaman 100% tepat. Menjadi prinsip (kaedah) yang diamal di sisi para Fuqahak; al-Hukmu 'Ala Syai' Far'un 'An Tasawwurihi (penentuan hukum ke atas sesuatu bermula dari tasawwur yang tepat tentangnya). Antara ilmu yang mesti dimiliki (oleh orang yang ingin membuat penilaian hukum) ialah ilmu al-Asybah wa an-Nazair (iaitu kemahiran menilai masalah-masalah yang sama dan serupa) dan ilmu al-Furuq (iaitu kemahiran melihat perbezaan dua masalah yang nampak sama, tetapi hakikatnya berbeza). Sesiapa yang tiada ilmu dan kemahiran tersebut, berlapang dadalah untuk menyerah perbahasan kepada orang yang lebih tahu. Sabda Nabi; "Sesungguhnya penawar bagi orang yang tidak tahu ialah bertanya" (HR Abu Daud dari Jabir). Sabda baginda juga; "Sesiapa merendah diri kerana Allah, Allah akan mengangkat darjatnya" (HR Abu Nu'aim dari Abu Hurairah. Menurut Imam as-Suyuti; hadis ini hasan. Lihat; al-Jami' as-Saghier, hadis no. 8605). 

Untuk tambahan bagi masalah MLM, sila baca jawapan saya sebelum ini;
1. MLM YANG HALAL DAN YANG HARAM
2. PENDAPATAN MELALUI MLM.
3. BONUS/KOMISYEN TAJAAN

Wallahu a’lam.

Info Terkini Mengenai ESP dan PBC

Salam pada seluruh warga HPA Malaysia.
Berikut adalah keputusan hasil mesyuarat antara Pengarah Urusan, GM, AGM Zon dan Presiden Kelab KPA, KPT, KPU dan KPS.

1. Semua program PBC di hentikan bagi memberikan fokus kepada Real Business ESP. Namun demikian PBC di benarkan buat masa ini di Wilayah Borneo kerana ESP belum dilaksanakan.

2. Semua peserta ESP yang ingin mencapai status PLX 20% ESP dikehendaki melakukan maintain 150 PV keatas mana-mana produk di Pasar ESP. Kepada peserta ESP yang tidak sempat untuk melakukan maintain pada hari ESP (Pasar ESP), di bolehkan untuk melakukan maintain di mana-mana cawangan HPA dalam tempoh 3 hari selepas ESP. (hanya di cawangan HPA sahaja).

3. Bagi peserta ESP yang tidak sempat untuk melakukan maintain dalam tempoh seperti yang di sebut atas, peserta ESP masih lagi boleh melakukan maintain di mana mana BENGKEL ESP.

4. Semua peserta ESP adalah di sarankan supaya meneruskan program Bengkel dimana anda akan di perkenalkan dan di bimbing oleh para Mentor bagi tujuan pencapaian sukses selama 3 tahun.

Harap maklum.

Dari GM AWM

Kilang Baru Kopi Radix

Bulan ini insyaAllah kita akan siap untuk membuat penambahan mesin mesin kopi baru di tapak kilang Jejawi Perlis. Pemintaan yang tinggi selama ini masih menyebabkan banyak lagi outlet HPA yang kosong. Persiapan ini yang mengambil masa 4 bulan sedikit sebanyak menjejaskan pengeluaran berdasarkan pemintaan yang sangat sangat tinggi.

Pengguna berpuashati kerana kopi radix sama sekali tak sama dengan kopi yang lain.Orang yang minum kopi radix merasa kuat dan bertenaga dan ini tidak terdapat pada kopi yang lain.Jenama RADIX pun semakin banyak muncul dipasaran namun nama boleh tiru tapi khasiat jauh sekali. Ada syarikat yang minta HPA membekalkan kopi kepada mereka tetapi minta dimasukan aroma kopi sintatik untuk pasaran terbuka.

Buat masa kini, HPA tidak pernah bersetuju dengan penggunaan bahan kimia dalam kopi kerana ia menjejaskan kesihatan. Kita yang keluarkan,keluarga kita juga meminumnya bukan untuk orang lain diberikan sesuatu yang beracun.

Info; Pengarah Urusan 1 HPA

Thursday, June 2, 2011

Kenyataan Rasmi Mengenai ESP - Real Business

Info penting;
  1. Adalah dimaklumkan kepada para peserta ESP, Maintain 150NM boleh dilakukan dalam tempoh 3 HARI SELEPAS PROGRAM ESP berlangsung di mana-mana cawangan HPA, (Sebagai contoh : jika Program ESP berlangsung pada hari Sabtu, maka tempoh masa yang dibenarkan untuk maintain adalah pada hari Ahad sehingga hari Selasa sahaja). Jika peserta ESP ingin maintain selepas tempoh itu maka perlulah maintain pada mana-mana Program Bengkel ESP di seluruh negara. Para peserta ESP juga boleh maintain mana-mana produk yang ada di cawangan HPA. 
  2. Hasil dari mesyuarat bersama Pengarah Urusan dan Presiden kelab, pihak syarikat akan memberi fokus kepada ESP dan program PBC dibubarkan. Diminta semua peserta ESP dan ahli-ahli memberi perhatian kepada maklumat ini.
Dari Pemasaran Al Wahida Marketing Sdn. Bhd.

    Pemansuhan PBC

    Perhatian kepada semua Leader, adalah dimaklumkan bahawa bermula 01 Jun 2011 PBC telah dimansuhkan dan tidak lagi dibenarkan, sekiranya pihak syarikat mendapati masih ada lagi PJS atau kelab mengadakannya maka PBC tersebut tidak diiktiraf untuk kenaikan Pangkat PLX 20%.

    Harap Maklum.

    Presiden Kelab Pemimpin Timur

    Bengkel ESP Peringkat Zon Timur

    Tajuk modul ialah " Bengkel Keusahawanan MLMS HPA ".
    Pendaftaran Bengkel ESP boleh dibuat melalui 3 Cawangan HPA yang sepertimana berikut :

    KELANTAN
    Puan Jamilah (Kak Sue) - 0139180942 / 097185060
    Tarikh : 18hb June 2011
     Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang
    Tempat : Dewan Cawangan Pasir Pekan

    TERENGGANU
    Puan Nor Hayati (Kak Yat) - 0129293851 / 096309527
    Tarikh : Akan dimaklumkan kemudian

    PAHANG
    Puan Mohaini (Kak Cik) - 0129517232 / 095130251
    Tarikh : Akan dimaklumkan kemudian.

    Tempoh Lanjutan Belian Bulan MEI 2011

    Sila rujuk surat pekeliling sepertimana berikut;


    KPT ini ditubuhkan untuk mewujudkan satu pasukan yang terdiri daripada PJS, PPJS peringkat Zon Timur (Kelantan, Terengganu dan Pahang) serta pengurusan HPA (Marketing, Zone, PPU) bagi merancang, menyelaras serta menguruskan semua hal-hal yang berkaitan dengan perlaksanaan program supaya ianya benar-benar dapat mencapai matlamat melahirkan usahawan sebenar. Semoga dengan Kesatuan Fikrah dan Perjuangan akan menghasilkan kejayaan Ummah dalam memartabatkan " PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA ".

    1 HPA 1 PERJUANGAN 1 UMMAH

     

    Followers

    Hayati perjuangan HPA

    " Jangan jadikan Wang sebagai alat utama sehingga lupa diri, dan lupa bahawa HPA lahir dari hasil keringat mereka terdahulu yang berjuang dengan penuh kepayahan."

    Boikot