Pages

Thursday, June 6, 2013

Kecukupan Produk Halal Tanggungjawab Bersama.

Coretan PU

Menyediakan produk Halal bukannya satu yang mudah tetapi ia memerlukan seluruh pengorbanan dan kekuatan kerana kadangkala keuntungan terpaksa dikesampingkan.

Ramai yang memilih untuk bersama apa jua projek halal yang dibuat oleh HPA tapi akan cabut lari bila tidak memberikan keuntungan yang besar, namun begitu HPA tetap di atas jalan ini iaitu memberikan pilihan kepada orang yang beriman miskipun mengalami penurunan keuntungan dan sebagainya.

Inilah yang membezakan kita samada mahu bertahan atau mengikut harus kepentingan peribadi.

Monday, June 3, 2013

RFC: Shahab Perdana, Alor Setar Kedah


Kemaskini: AlhamdulilLah, kini Radix Fried Chicken sudah beroperasi sejak beberapa hari yang lalu. Sebelum ini ianya diberhentikan operasi buat seketika disebabkan pertukaran management.

Antara manu yang dihidangkan untuk para pengunjung

Untuk peminat@pelanggan setia Ayam Goreng Organik RFC Original HPA Group Of Companies hanya membuka ouletnya di Shahab Perdana, Alor Setar sahaja. Harap maklum

Wassalam.

Sunday, June 2, 2013

Hati-Hati : Antara bahan yang dimasukkan dalam pembuatan Bakery


Bahan Ramuan : CREAM OF TARTAR

Cream of tartar adalah bahan yang terhasil dari jus anggur dalam proses pembuatan arak wine @ keladak didalam tong pemeraman wine.

Nama asalnya adalah Potassium bitartrate.

Pada masa kini terdapat kaedah penghasilan cream of tartar tanpa melalui proses pemeraman wine, hanya melalui proses jus anggur tanpa fermentasi.

Walaupun ada kaedah pemprosesan yang halal, terdapat juga yang ada dipasaran adalah byproduct dari wine dan pastinya hukumnya haram. Bila ada yang halal dan ada yang haram, maka bahan ini adalah syubhah...

Produk ini digunakan di dalam kebanyakan produk bakeri.

Kepada pengusaha produk bakeri, wajib memastikan cream of tartar yang anda gunakan mempunyai pengesahan halal yang sah dan diiktiraf...

Jika dijual dalam bentuk repacked, seperti biasa, minta bungkusan asal dan juga sijil halalnya..

Pastikan sebelum produk ini hendak dibeli ianya ada mengesahan HALAL yang sah.

Saturday, June 1, 2013

AWAS!! Terhadap produk ini.

Sila "KLIK" untuk paparan yang lebih jelas

Selain Malta, Jenama Nutri Malt, Anglia Shandy dan Jolly Shandy juga minuman yang HARAM kerana dikilangkn oleh Guiness dan Carlsberg!

p/s: Admin mengharapkan kepada teman-teman yang berada diluarsana harus berhati-hati dalam mengambil air minuman berkarbonat takut ianya tergelincir kepada yang HARAM. Jangan cuba membiasakan diri "Pantang nampak dihadapan terus sapu".

Sila share kepada mereka yang lain. Sekian.

Thursday, May 30, 2013

Akhbar: 11 Produk Import dari Taiwan digantung.

Sila "KLIK" untuk paparan yang lebih jelas

Sunday, May 26, 2013

Awas!!! Logo HALAL


p/s: Ayuh kita sama-sama menjadi pembeli/pengguna produk yang mengambil berat akan hal ini. Agama mengajar umatnya sentiasa berhati-hati dan berwaspada terhadap makanan yang ingin disuap ke mulut. Antara asbab mengapa hati kita terasa jauh dari mengingati ALLAH adalah berpunca dari pemakanan yang kita makan sehari-hari itu.

Check-lah terlebih dahulu isi kandungan sesuatu produk yang ingin dibeli, lebih-lebih produk makanan. Adakah ianya Halal atau sebaliknya. Sebab produk yang berasaskan kepada makanan dan minuman boleh admin katakan, 85% ia dikeluarkan oleh mereka yang non Muslim.

Jom kita sama-sama menjadi pengguna yang prihatin mulai sekarang.

Tuesday, May 14, 2013

Persidangan Memperkasakan Perubatan Asli Melayu 2013


Ahli HPA yang berminat dialu-alukan hadir ke program ini. Untuk makluman semua, HPA akan membuka booth pameran di program tersebut. Sila hebahkan...
KPT ini ditubuhkan untuk mewujudkan satu pasukan yang terdiri daripada PJS, PPJS peringkat Zon Timur (Kelantan, Terengganu dan Pahang) serta pengurusan HPA (Marketing, Zone, PPU) bagi merancang, menyelaras serta menguruskan semua hal-hal yang berkaitan dengan perlaksanaan program supaya ianya benar-benar dapat mencapai matlamat melahirkan usahawan sebenar. Semoga dengan Kesatuan Fikrah dan Perjuangan akan menghasilkan kejayaan Ummah dalam memartabatkan " PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA ".

1 HPA 1 PERJUANGAN 1 UMMAH

 

Followers

Hayati perjuangan HPA

" Jangan jadikan Wang sebagai alat utama sehingga lupa diri, dan lupa bahawa HPA lahir dari hasil keringat mereka terdahulu yang berjuang dengan penuh kepayahan."

Boikot